DAPATKAN WEBSITE PERNIAGAAN ANDA PADA HARGA MAMPU MILIK SEKARANG !

SERENDAH RM 499 SAHAJA !

Kepentingan Laman Web Untuk Perniagaan
Sekarang kita sudahpun berada di era Internet Of Thing (IOT) dan Industri Revolusi 4.0 (IR4.0). Amatlah ketinggalan perniagaan sekarang kalau masih tiada dalam carian online. Sekarang semua orang tak kira muda atau tua, nak cari apa-apa info atau apa-apa barang mesti akan Google dulu. Jadi kalau anda berniaga, cuba Google tengok produk anda jual tu (misalnya “satay seremban”), ada tak nama syarikat atau kontek anda dalam keputusan carian? Kalau tiada, itu maknanya anda belum onlinekan lagi perniagaan anda. Tapi kalau ada kontek anda, tapi ada cuma di facebook atau portal-portal iklan seperti mudah semua tu, anda belum lagi gunakan kuasa “Branding” online sepenuhnya lagi. Apa itu kuasa Branding Online? Senang nak faham, cuma anda tanya diri sendiri, apa yang anda fikir kalau dengar nama Mudah? Apa yang anda fikir kalau dengar nama Shopee, Lazada dan Zalora. Kalau anda orang yang suka shopping atau survey online, mesti automatik tahu kan itu website apa. Jadi disini abg nak bagitau, kalau anda betul-betul nak onlinekan perniagaan anda, kuasailah “Branding” anda. Macamana nak kuasi branding tu, semestinya langkah pertama kena la ada brand dulu yang siap dengan logo dan juga website rasmi anda. Kalau guna facebook / instagram je, itu ibarat macam anda meniaga main-main tepi jalan atau pasar malam sahaja. Kalau serius nak kuasa branding online, anda kena la ada website sendiri. Website sendiri ni ibarat seperti sebuah kedai / shoplot anda sendiri dimana anda boleh hias dan ubahsuai ikut citarasa anda, bukan macam FB anda hanya boleh guna apa yang ada sahaja. Antara kelebihan utama laman web merangkumi: ‘Visibility’ yang lebih baik dimata enjin carian seperti Google, Bing, Yahoo dan lain-lain. Meluaskan lagi prospek pasaran, kerjaya dan perniagaan melalui carian artikel, portfolio dan imej kepada pencari maklumat dengan lebih teratur. Secara tidak langsung ia membantu membina ‘goodwill’ dan kredibiliti yang lebih strategik. Membina kompilasi kandungan di laman web boleh dimanfaatkan sebagai rujukan jangka panjang kepada prospek ‘online’, juga pelanggan sedia ada. Ia boleh dikongsikan dikebanyakkan saluran media sosial bagi memudahkan perkongsian maklumat dengan teratur dan profesional tanpa perlu menulis status panjang lebar di media sosial. Kandungan laman web boleh sentiasa diolah dan dikemas kini dari masa ke semasa agar maklumat yang dipaparkan sentiasa releven dengan keperluan semasa. Kelebihan laman web selain kandungan artikel, imej dan video untuk portfolio perniagaan, juga mampu memuatkan kedai online, menjaga hubungan pelanggan dengan keahlian dan sebaran risalah promosi melalui email listing disamping memudahkan urusan jual beli secara online. Laman web boleh dijadikan platform membina ‘backlink’ untuk sebaran maklumat produk, servis, perniagaan kepada prospek secara meluas melalui pelbagai strategi pemasaran seperti Search Engine Marketing, Social Media Ads, termasuk review, editorial dan advertorial pihak lain yang boleh ditujukan terus ke laman web atau kandungan artikel anda. Laman web boleh dibangunkan dengan kos yang rendah berbanding kemampuannya menyimpan kandungan, data serta potensi capaian online untuk menyokong pelbagai tujuan pemasaran, perniagaan serta kerjaya. Perbezaan antara Website Berbayar dan Percuma Kalau anda orang yang dah mula onlinekan perniagaan, mesti anda pernah dengar nama Weebly, Wix dan Blogspot kan? Semua ini adalah contoh CMS (Content Management System), masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Untuk anda faham, website yang percuma semestinya ada “udang disebalik mee”. Selalunya mereka akan ada harga upgrade atau premium dimana anda akan terpaksa beli bila bisnes online anda sudah semakin maju. Kalau masa tu baru anda terfikir nak ubah ke platform CMS lain, memang sukar sebabnya data anda semua sudah ada dalam CMS percuma tersebut. Ibarat seperti anda menyewa di shoplot baru buka, dimana owner bagi anda sewa 6 bulan percuma, tapi selepas itu kalau nak keluar boleh cuma kena bayar penalti. Mungkin penalti tu kurang daripada total jumlah sewa 6 bulan anda dah jimat tu, tapi kos untuk anda pindah pula dah berapa kan? Sama juga konsepnya seperti website ini. Anda guna CMS percuma, nak upgrade dan pindah ke CMS lain, mestilah kena lagi kos sampingan yang lain. CMS yang terbaik saya syorkan adalah WordPress. Sebab hampir 70% website dalam dunia ini menggunakan sistem WordPress dan WordPress ini mudah untuk di customize, jadi kalau bisnes anda berkembang, nak ada sistem ejen, dropship, booking dan sebagainya, mudah & lebih murah berbanding dengan sistem CMS yang lain.